Jika anda berminat untuk mengetahui IP sebenar teman chat Yahoo
Messenger anda. Anda mungkin pernah mencuba teknik-teknik seperti
mengetik arahan "Netstat -an" pada command prompt. Anda juga mungkin
pernah mencuba mendapatkan IP teman anda menggunakan "Sharp IP Getter" atau melakukan teknik sniffing menggunakan program network scanner.
Sebenarnya
anda juga boleh mendapatkan IP teman anda dengan menghantar email. IP
teman anda akan dapat dilihat sejurus selapas teman anda membalas email
tersebut. Cara untuk melihat IP penghantar email tersebut mudah saja
iaitu dengan melihat email headernya.
Servis email yang saya gunakan sebagai contoh adalah Gmail. Sila klik anak panah kebawah seperti yang ditunjukkan diatas.
Kemudian klik Show Original
Anda
akan dipaparkan maklumat email dengan lebih terperinci termasuklah IP
penghantar email tersebut. Perhatikan baris yang mengandungi Received: From.